.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Friday, April 30, 2010

Pengorbanan Pejuang-Pejuang Allah

Pengorbanan Pejuang-Pejuang Allah



Inilah jalan yang ditempuh oleh Ulama'-Ulama' sebenar dalam menegakkan agama Islam~


Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah

Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'

Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"

p/s: Hebat kan perjuangan dyeorang, so dapatkah kita mencontohi sifat & pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu?? Fikir-fikirkanlah~

Abu Jahal Menguji Muhammad S.A.W



SUATU HARI Abu Jahal ke rumah Abu Talib, Bapa Saudara Rasulullah SAW. Maksud kedatangannya adalah ingin melaporkan tentang keadaan Rasulullah akhir-akhir ini. Kedatangannya disambut oleh Abu Talib dengan senang hati.

Berkatalah Abu Jahal: "Hai Abu Talib, ketahuilah bahawa anak saudaramu Muhammad akhir-akhir ini berbuat perkara yang aneh-aneh. Dia menyebarkan agama baru, mengumpat-ngumpat tuhan kita dan nenek moyang kita.

Kami masih memaafkannya kerana menghormati akan kemuliaanmu. Tetapi jika anak saudaramu Muhammad masih terus saja berbuat yang tidak bersesuaian dengan ajaran nenek moyang kita, maka tidak ada jalan lain kecuali kami akan membunuhnya."

"Wahai Abu Jahal, duduklah kamu di sini sebentar sampai Muhammad saya panggil ke mari," jawab Abu Talib.

Tidak lama kemudian datanglah Rasulullah SAW di hadapan bapa saudaranya dan Abu Jahal. Rasulullah SAW sudah menduga maksud kedatangan Abu Jahal ke rumah bapa saudaranya itu. Setelah mereka saling berhadapan, berkatalah Abu Jahal kepada beliau.

"Hai Abu Talib!" Abu Jahal memulai bicara. "Kalau memang anak saudaramu itu betul dalam pengakuannya sebagai Rasul, cubalah tunjukkan kepada kami akan tanda-tandanya," pinta Abu Jahal.

Abu Talib menoleh kepada anak saudaranya sambil berkata: "Hai anak saudaraku Muhammad, bagaimanakah tanggapanmu akan permintaan Abu Jahal itu?"

"Pak Cik," jawab Nabi Muhammad. "Apakah mereka mahu beriman jika saya sanggup membuktikannya?" tanya Rasulullah.

"Sekarang apakah yang mereka kehendaki Pak Cik?" tanya Rasulullah SAW lagi.

Kebetulan sekali di muka pintu rumah Abu Talib ada seketul batu yang besar sekali. Sambil menunjuk ke arah batu itu, Abu Jahal berkata: "Hai Muhammad, jika kamu itu betul-betul utusan Allah, cubalah keluarkan dari dalam batu itu sebatang pohon yang mempunyai dua cabang, yang pertama condong ke sebelah Barat, sedang yang kedua pula condong ke sebelah Timur," perintah Abu Jahal.

Mendengar permintaan Abu Jahal ini lalu baginda berdoa kepada Allah SWT/ Tidak beberapa lama kemudian, turunlah Malaikat Jibril memberi salam lalu memberitahu kepada baginda, bahawa Allah telah menerima doanya.

Seketika itu juga batu di muka rumah Abu Talib terbelah menjadi dua. Dari dalam batu itu kemudiannya keluar sebatang phon dengan dua cabang yang semakin besar dan meninggi, sesuai dengan permintaan Abu Jahal dan kawan-kawannya.

Mereka yang menyaksikan menjadi kagum.

"Alangkah baiknya apa yang dia datangkan," ujar salah seorang dari mereka. Tetapi mereka belum puas, lalu meminta supaya pohon itu ditukar untuk menjadi sesuatu yang lain.

Abu Jahal dengan kawan-kawannya bertambah hairan, tiba-tiba mereka berkata: "Alangkah bagusnya sihirmu, hai Muhammad!" Kata Abu Jahal.

Setelah berkata demikian, mereka pun berlalu pergi dengan melemparkan kata-kata ejekan kepada Rasulullah.

Demikianlah sifat-sifat orang kafir yang tidak pernah menepati janji. Mereka selalu ingkar, walaupun sudah kalah berhujjah, sebagaimana Abu Jahal dan kawan-kawannya.

UNDEFINED
2
15 Perkara Mengapa Umat Muhammad Di Timpa Bala...


Mengapa Manusia Ditimpa Bala Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa)
.


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orangterdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi."

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

World Top 5 Star Airplanes!!!


Air Canada Airlines
Virgin Atlantic Airlines
Etihad Airlines
Etihad Airlines
Emirates Airlines

VSAir Asia....APAKAH...HeHeHe...