.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Monday, February 15, 2010

Kisah Yang Tiada Penghujung..


Tersebutlah satu kisah apabila seorang boss hendak mengadakan kerja outstation, kita hayati perbualan ini...

Boss
berkata kepada Secretary
: Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami
menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...


Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk
menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya...

Next, sila sambung sendiri kayh, sebab kita tak tau sampai bile nak habes, huhu~


Mungkin entry di atas agak lawak, tetapi terpulang pada diri anda sendiri untuk memahaminya secara halus. Samada dari sudut negatif atau positifnya. Saya yakin masing-masing ada pemikiran dan kefahaman tersendiri. Walaupun kita bersantai, tapi biarlah santai kita ini ada nilainya ;)

p/s: Hidup ini walaupun indah, tapi dikelilingi penuh dengan dugaan dan cabaran, bergantung pada kita bagaimana hendak menyelitkan keindahan itu di tengah-tengahnya.

Sunday, February 14, 2010

Siapa Yang Keliru Sebenarnya?


Nabi Isa- Siapa yang keliru?

Cukup menghairankan, tiga buah agama besar dunia iaitu Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai pendapat yang berlainan antara satu sama lain berkenaan dengan dua perkara iaitu kelahiran dan kematian Nabi Isa a.s (Yesus), yang lahir di kalangan Yahudi. Yahudi mengisytiharkan bahawa kelahirannya adalah secara haram dan mereka tersalah anggap dengan membuat tuduhan yang menyedihkan terhadap Maryam, ibunda Nabi Isa. Mereka mendakwa dia tidak layak untuk ‘masuk dalam jemaah Tuhan’ kerana kelahirannya yang secara haram, larangan Tuhan.

Dari segi yang lain pula, Kristian percaya bahawa Nabi Isa lahir adalah tanpa campuran daripada ‘ayah dunia’ dan dia adalah anak Tuhan sendiri. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua agama Yahudi dan Kristian mempunyai perbezaan pendapat yang ketara berkenaan dengan kelahiran Nabi Isa.

Manakala orang Islam pula percaya bahawa Nabi Isa memang tidak dilahirkan dengan paduan ‘ayah dunia’ tetapi tidak mengatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Kelahiran tanpa ayah memang agak aneh tetapi ia bukanlah satu perkara di luar kejadian semulajadi. Terdapat beberapa kes dalam sejarah perubatan yang mengatakan bahawa anak dara yang tidak bersalah telah melahirkan anak.

Nabi Adam a.s yang merupakan nenek moyang bangsa manusia sepakat dipercayai oleh tiga agama besar dunia bahawa dia lahir tanpa ayah dan ibu. Islam mempercayai Nabi Isa adalah seorang nabi yang benar dari Tuhan. Kelahirannya tanpa campuran lelaki tidak membawa apa-apa kesan terhadap murid-muridnya dan takdirnya. Dia manusia biasa, suci dan sederhana. Nabi Isa seringkali menyatakan dirinya dalam Perjanjian Baru sebagai ‘anak Manusia’.

Berkenaan dengan kematian Nabi Isa pun juga menjadi isu pertentangan di antara Yahudi, Kristian dan Islam. Yahudi percaya bahawa Yesus mati di atas salib kerana dia adalah nabi palsu. Berkaitan dengan ini mereka mengambil petikan Bible.

“Apabila seseorang berbuat dosa yang sepadan dengan hukuman mati, lalu ia dihukum mati, kemudian kau gantung dia pada sebuah tiang. …sebab seorang yang digantung terkutuk oleh Allah, …” (Ulangan 21:22-23)

Menurut mereka, Nabi Isa adalah nabi palsu, oleh itu dia mati di atas salib dengan kematian yang dikutuk oleh Allah.

Kristian juga mempercayai bahawa Nabi Isa digantung di atas salib hingga mati dengan kematian yang terkutuk. Paul mengatakan; Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis:
“Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!” (Galatia 3:13)

Tetapi Al-Qur’an mendakwa bahawa Nabi Isa tidak mati di atas salib. Tuhan telah menyelamatkan dia dari kematian disalib dan ini bererti bahawa Tuhan telah menghindari orang kesayangan-Nya dari penyeksaan. Tidakkah nabi Yunus a.s. keluar dari perut ikan dalam keadaan hidup?

Kejadian yang sebenarnya ialah Nabi Isa hanya jatuh pengsan di atas tiang salib, kemudian apabila diturunkan dia kembali pulih. Dia meninggal dunia dengan kematian secara biasa pada umur 120 tahun.

Berdasarkan keyakinan bahawa Nabi Isa adalah nabi palsu, Yahudi terutamanya golongan Farisi pada masanya membawa tuduhan politik yang serius untuk menentangnya. Mereka menuduh Nabi Isa tidak setia dengan Maharaja Rom dan mendakwakan dirinya sebagai Raja bagi orang Yahudi. Gabenor iaitu Pilatus tidak yakin dengan kesalahan itu namun kerana terpengaruh dengan kebisingan orang ramai, dia mengarahkan supaya Nabi Isa di salib. Mereka meletakkannya di tiang salib di mana dia tergantung hanya lebih kurang tiga atau empat jam, kemudian diturunkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diletakkan di sebuah makam dalam kebun yang berdekatan.

Pada masa itu, pesalah akan mengambil masa beberapa hari untuk mati di atas salib. Mereka menderita akibat kelaparan dan kehausan dan dalam kebanyakan kes kaki mereka dipatah-patahkan. Mereka mati secara perlahan-lahan berterusan sehingga beberapa hari.

Walaubagaimanapun, kejadian seumpama itu tidak berlaku pada diri Yesus Kristus. Dia diletakkan di tiang salib pada waktu petang hari Jumaat. Hari berikutnya adalah hari Sabbath, adat hari agama bagi Yahudi, dan tidak harus ada orang yang tinggal di tiang salib pada hari Suci tersebut., jadi dia terpaksa diturunkan tiga atau empat jam sahaja selepas digantung.

Kehilangan banyak darah dari lukanya menyebabkan dia jatuh pengsan. Dia dibawa sebagai orang ‘mati’. Tubuhnya diletakkan di sebuah makam dalam kebun oleh Yusuf Arimathea, muridnya sendiri. Yesus kemudian hidup kembali di dalam sebuah makam, kemudian berangkat pada hari ketiga dengan menyamar dan berjumpa dengan murid-muridnya di Galilea serta makan bersama-sama mereka. Lukanya sembuh selepas disapu dengan salap yang khas disediakan oleh murid-muridnya untuk tujuan itu.

Inilah cerita sebenar berkenaan dengan penyaliban Nabi Isa. Fahaman Kristian mengenai kematiannya bukan sahaja tidak tepat tetapi juga bertentangan dengan bukti sejarah dan akal yang logik. Mereka percaya bahawa Yesus benar-benar mati di atas salib, kemudian selepas hari ketiga dia bangkit dan naik ke langit. Sungguh aneh! Kristian moden bersandarkan kepercayaan bahawa Yesus mati di atas salib. Walaupun begitu, jika terbukti bahawa Yesus tidak mati di salib dan tidak juga bangkit dari kematian, maka seluruh asas Kristian akan jatuh. Paul, pengasas sebenar ajaran Kristian moden sendiri ada mengatakan:
“Tetapi andaikata Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah juga kepercayaan kamu.” (1 Korintus 15:14)

Al-Quran Tidak Termakan Dek Api


Al...Ma...Ri.... (Kisah Renungan)




Kepade mereka yang nak menghantar dan menerima hantaran.sila fikirkan...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Renungan:

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'
Jazakallah kepada Angah...

Jadilah Seperti Cicak...


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan. Pertandingan memanjat pokok pinang.30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai. “Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua. Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia
CICAK YANG PEKAK.

16 Petua Yang Tidak Boleh Dipakai!!


1. Petua Cepat DiPinang - bebanyak lah minum air pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - stapler je kat tempat kedut tuh

3. Menghilangkan Bau Badan - BerendamDalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut - Rendam KepalaDalam Air Menggelegak. ..

5. Melebatkan Rambut - letak baja taik lembu byk2

6. Menghilangkan Ketuat - Potong DgnPisau Cukur cap atok


7. Mengempiskan Perut - jgn makan jgn minum

8. Mengekalkan Kecantikan - KekalkanMekap, Jgn Basuh2...

9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..


10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan gam gajah

11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan berjengket-jengket

13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn kertas pasir


14. Menaikkan Seri Muka - Makan KuihSeri Muka Sambil Naik Tangga..

15. Menghilangkan Bau Mulut - MinumMinyak Wangi

16. Menghilangkan Lebam Di Mata -Elakkan Dari Kena Penumbok..