.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Saturday, January 30, 2010

along boleh..


2 ng

Assalamualaikum vs Salam 1 Malaysia


Bukan mahu berpolitik tetapi untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang sebenarnya telah serong dari tuntutan agama Islam.Perkara asas telah dibengkokkan,apatah lagi mahu meluruskan perkara yang lebih berat.

Ucapan Assalamualaikum merupakan suatu ibadah buat umat Islam.Yang menyampaikan dan menerimanya mendapat barakah dariNya.Ianya telah menjadi ucapan harian di bibir mulut junjungan besar Muhammad S.A.W setiap hari dalam kehidupannya dan disambung oleh setiap generasi Islam hingga kini.Namun perkataan ini makin dimanupulasikan sehingga ada yang mahu mengringkaskannya kepada 'Akum','As'kum','Salam' dan ada yang mahu memperkukuhkan politik yang dibawa oleh sesetengah pihak dengan mewujudkan pula 'Salam 1Malaysia',yang menjadi suatu kemestian dalam skrip dan tutur kata pembuka dan penutup pembaca berita di TV mahupun di radio di Malaysia ketika ini.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama."Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah' ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.'

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.


Bagaimanapun ramai ulama di negara ini tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.Begitu juga beberapa mufti yang masih membisu. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan sejak menerajui negara ini pada 1957.“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Kembalilah kepada dua warisan peninggalan Rasulullah S.A.W yakni Al-Quran dan Hadis,maka kita tidak akan sesat selama-lamanya...

Friday, January 1, 2010

along mujahidku.

assalamualaikum...


semalam waktu lawat along tiba2 aku rase sebak. tak tau kenape. rindu kot. aku teringat satu


hari aku tanye die kenape asyik mesej ngan pompuan je(dgn marahnye). along selambe je jwb


"sebab perempuan die memahami ape yg kite luahkan. die selalu jujur." bile aku teringat


jawpan ikhlas along tu, aku rase sedih.. sbb yelah. adik die ade 4 orang dan semuanya


perempuan, tp die x cite masalah kat kitorg. aku terfikir, mungkin kitorg x memahami along.


aku sedih tengok die. penat die kena ejek ngan kawan2 die pendeklah, gemoklah.. bile balik


rumah adik2 die pulak yg ejek die. aku x kate aku x slalu ejek die. slalu la jugak...tapi x de la


ejek fizikal. aku tegur je kalau die buat salah. aku tau perasaan die sbb aku pon penah gemok


jugak walau time tu br 6 thn. aku tau die sebagai anak sulung dan die ade tanggungjawab. tp


kalau die susah nak melaksanakan tanggungjawab tu, takpelah sikit2 belajar.. aku tau dalam


lurus2 die tu, die ade perasaan.. cume mungkin ambil masa untuk mak ayah aku faham die.


aku sbg caunselor x bertauliah pon pening nasihat sbb die x de keyakinan diri. tp aku tau die


boleh buat..die tgh usaha tu.. kadang2 aku sedih tengok die kena marah atas sebab yg die x


buat. lg kesian tgk pompuan (betina miang!) ambik kesempatan kat die. kadang2 marah jugak,


along suke buat keputusan melulu.. tp kan aku rase die jd mcm tu sbb org x bg sokongan kat


die. sedih aku. aku x la cengeng, tp meleh la jugak air mate tengok die dilayan mcm tu. bg aku,


biarlah die pendek, aku tau semangat die tinggi.. all he need is one chance. die gagal dlm


upsr,pmr dan sedikit kemajuan dlm spm.. tp aku tau die akan try yg terbaik utk KUIS ni. aku


tau
die bukan jenis yg remehkan mase depan. kalau ade tgh bace ni ialah along, kite nak


along
tau yg kite slalu sokong along!! biarla diorg x percaye along boleh.. tp kite percaye..ok!!

chayok2!!


wassalam...