.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Tuesday, December 29, 2009

dengarlah ibu bercerita

assalamualaikum..

semalam punye semalam ibu aku cite pasal klon... mcm mane saintis cube buat klon manusia tp x jd.. mak aku cerita lg mcm mne diorg buat klon tu... drpd zaigod, embrio, tulang temulang, sampai la ke daging.. wah, terujanya aku!! proses klon ni x memerlukan lelaki utk diorg melahirkan anak.. aku dah x ingat dah ape yg diorg letak dlm nuclueus... tp mg best..yg paling menariknya diorg cbe buat klon luar rahim, tp x dpt, sbb dalam surah al-mu'minum kate... Allah letakkan embrio tu kat tempat yg sesuai.. yg uniknya, sesuai Allah ni maknanya x de tempat lain yg lagi sesuai drpd rahim tu.. kalau manusia contoh nak pakai baju... baju byk yg sesuai.. tp kalau Allah tetapkan sesuatu tu sesuai dgn tempatnya.. maknenya itulah satu2nye tempt yg sesuai.. xde yg lain.. hebat jugak mama ni!! byk yg beliau tau... mama kate, kalau ade peluang, die nak jd saintis.. tp x dpt.. x pe, don't worry mama.. i'll do my best... thats my promise (selagi hayat dikandung badan).. mama cerita lagi.. die waktu die kat UKM dgn abah.. die dpt tawaran gi mesir... tp die x nak pergi sbb die tekad nak kahwin dgn abah.. wah, jarang ade org mcm tu...
setia pada cinta.. kalau aku.. x tau la.. xpe mama, kite pergikan mesir untuk mama...insyaAllah..

hari ni bace satu cerpen kat ILI.. agak menghayat hati... ingatkan aku dekat keadaan aku sekarang... x tau la nk ckp ape.. aku harap mereka jd mcm ape yg aku harapkan.. aku pon harap aku pon boleh berubah jugak.. azam tahun baru ni nk lembut sikit.. asyik ganas je.. haha.. dan aku nak menjalankan tanggungjawab aku dgn penuh disiplin!! doakan tau!!

Kalau Macam Ini Baik Duduk Penjara!!!


Salam ukwah fillah...

Seronoknya jika dapat duduk penjara dibawah kan.Lebih selesa dari duduk di hotel 3 bintang agaknya....Mahu ramai orang Sweeden buat jahat kerana keistimewaan yang diberikan kepada pesalah yang dipenjarakan..












TAK LEH BLAH!!!

Monday, December 28, 2009

Pope dan Pembesar 'Islam' Sama Je??



Berkasut di rumah Allah???Apakah semua ini???Dimanakah penghormatan terhadap rumah Allah jika umat Islam sendiri menjauhkan diri dari rumahNya dari segi rohani dan fizikal???

Beauty of Mathematics !!!!!!!



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K


8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E


11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E


1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & God bless!!

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.


Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.


2. cara Rasulullah mengunyah
– Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.


Sekian buat renungan bersama

Kisah Puasanya Si Miskin (Penuh Keinsafan)



Untuk renungan bersama bila kita dan keluarga berbuka puasa ....


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan
sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu
aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang
makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu
aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh
tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia
telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang
telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula
untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah
lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau
pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari
kita........ ..

Perhatian!!!Berhati-hati Dengan Dakyah Kristian Ini!





Perhatikan dan Lihat!!!..apa yang berbeza dengan ini:


http://destinasimu.blogspot.com/

http://destinasimu.logspot.com/

http://destinasimu.blogpot.com/



Nampak macam sama bukan?Hanya satu sahaj yang akan dilinkkan ke blog destinasimu!!!

Baki yang lain akan automatik ke->


Maka ianya sangat berbahaya jika kita tidak membongkar akan hal ini!Ianya dakyah yang amat halus dari Kristianisasi.Jika anda tersalahg taip blogspot maka kesannya ialah:


1)Kita akan terbaca secara automatik website mempromosikan 'kebenaran' bible yang sememangnya diselewengkan oleh tangan kotor manusia.
2)Berlaku salah faham terhadap blog yang kita perkenalkan kepada orang lain.
3)Menyebabkan keraguan dalam iman dan akidah kita.
4)Berlakunya cerca mencerca dan permusuhan antara umat Islam akibat salah faham antara satu sama lain.

Moga perkara ini mendapat perhatian dari sahabat sekalian.PASTIKAN TAIP DENGAN BETUL IAITU BLOGSPOT BUKANNYA LOGSPOT ATAU BLOGPOT!!!Sebarkan!!!Allah hu AKhbar!!Lagi satu penipuan Kristian dapat kita rungkaikan dengan pertolonganNya!!!

Panglima Uhud Yang Bergelar Muslimah



Hari itu Nusaybah berada di dapur. Suaminya, zaid ibn 'asim sedang beristirahat di kamar tidurnya. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunang batu yang runtuh. Nusaybah tersentak, itu pasti tentara musuh. benar, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.

Dengan segera, Nusaybah meninggalkan apa yang dikerjakannya dan masuk ke kamar. Suaminya yang tengah tertidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nusaybah berkata, “aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barangkali orang-orang kafir telah menyerang.”

Zaid yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu sebaliknya istrinya pula. Segera saja ia bangkit dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nusaybah menghampiri dan menyerahkan sebilah pedang milik suaminya yang tercinta itu.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Janganlah kau pulang sebelum menang….”



Zaid memandang dalam wajah istrinya seolah-olah pandangan ini adalah yang terakhir buatnya. Setelah mendengar lafaz kalam seperti itu, tiada lagi keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan azam yang membara dinaiki kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Zaid langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di suatu sudut yang lain, Rasulullah sedar akan kelibat panglima itu walaupon jauh dari pandangan namum rasulullah sempat mengukirkan senyuman kepadanya. Senyuman yang tulus itu terus mengorak rancak pahlawan berani zaid.

Di rumah, Nusaybah termanggu kegelisahan. Kedua anaknya, Abdullah yang baru berusia 15 tahun dan habib yang dua tahun lebih muda memperhatikan sahaja ibunya dengan pandangan yang merisaukan. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang pengendara kuda yang nampaknya sangat gugup datang bertemu..



Salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “wahai isteri kepada said,suamimu baru saja gugur di medan perang. Beliau telah mendapat anugerah syahid…dapat anugerah syahid…”

Nusaybah tertunduk sebentar, “Inna lillah…..” gumamnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah..”

Setelah pengutus berita itu menunggang pergi, Nusaybah memanggil anak sulungnya Abdullah. nusaybah tersenyum kepadanya lalu menangis yang tertahan, “wahai Abdullah anakku, kau lihat ibumu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah syahid.hanya kerana Aku sedih karena tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan bersama para pejuang Nabi s.a.w. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”

Abdullah mengangguk. Hatinya berdebar-debar seakan-akan memahami hasrat ibunya..

“Ambilah kuda di kandang dan bawalah bersamamu tombak. dan pergilah bertempur bersama Nabi s.a.w dan barisan pejuang sehingga kaum kafir rebah membasahi darah.”

Mata amar bersinar-sinar kepiluan. “Terima kasih, Ibu. Inilah masa yang aku tunggu sejak dari awal pagi. Aku cuma khuatir seandainya Ibu tidak memberikan kesempatan buatku untuk membela agama Allah sehinggalah menongkah kudrat yang terakhir.”

Bersama semangat air mata pejuang,putra Nusaybah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun di raut wajahnya. Setibanya abdullah di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri. “Ya Rasulullah, aku Abdullah bin Zaid. Aku datang untuk menggantikan tempat ayahku yang telah gugur.”

Rasul s.a.w dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Abdullah.semoga Allah memberkatimu….”

Hari itu pertempuran berlalu dengan cepat. Pertumpahan darah berlangsung sampai ke siang hari. seawal pagi itu, seorang utusan Rasulullah berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nasibah. Setibanya di sana, perempuan yang tabah itu sedang berdoa menanti berita, “Ada khabar apakah gerangan kehadiranmu ini?” nadanya sedikit gementar ketika si utusan belum lagi membuka suaranya, “apakah anakku telah gugur?”

Pengutus itu menunduk sedih, “Betul….”

“Inna lillah….” Nusaybah tergamam.Ia menangis lagi..

“Kau berduka, ya Ummu Abdullah?”

Nusaybah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan berangkatan? habib masih lagi dalam usia kanak-kanaknya.”

Mendengar luahan ibunya itu, habib yang sedang berada di samping ibunya, mencelah, “Ibu, janganlah engkau meremehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa habib adalah putra seorang ayah yang gagah berani.”

Nusaybah kaget dengan lontaran semangat anak mudanya habib. Ia memandang putranya. “Kau tidak takut, nak?”

habib lantas meloncat ke atas kudanya mengangguk yakin. Sebuah senyuman terhias di wajahnya. Ketika itu Nusaybah dengan besar hati melambaikan tangannya,habib hilang bersama utusan itu.

Di arena pertempuran,habib betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan banyak nyawa orang kafir. Sehingga tibalah saat itu, sebilah anak panah menembusi tepat di dadanya. habib tersungkur mencium bumi dan menyerukan kalimah, “Allahu akbar!”

Segera Rasulullah menghantarkan utusan ke rumah Nusaybah. Mendengar berita kematian itu, meremanglah bulu kuduknya. “Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”

Si utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan, wahai ummu abdullah….”

Nusaybah tersinggung, “Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?”

Nusaybah tidak mahu menunggu jawapan dari utusan itu lantas Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, di dalam perselisihan itu,Rasulullah pun berkata dengan senyum. “Nusaybah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya bagi seorang perempuan mengangkat senjata. keadaan yang meruncing ini memerlukan engkau wahai ummu abdullah untuk kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi s.a.w sedemikian, Nusaybah pun segera mendapatkan tas ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang cedera dengan cermat.sehinggalah pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang sedang parah, tiba-tiba terpercik darah di rambutnya. nusaybah cuba menoleh.terlihat akan Kepala seorang tentara Islam putus dipancung senjata musuh kafir.


Maka timbullah rasa marah Nusaybah menyaksikan kekejaman ini.Apatah lagi di saat Nabi terjatuh dari tunggangan kudanya akibat daripada anak panah yang menghunus sipi keningnya, Nusaybah tidak mampu menahan dirinya lagi. Ia bangkit dengan lagak seorang perwira yang gagah berani.Segera diambilnya pedang prajurit yang telah syahid itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai singa betina, ia beraksi sepenuh tenaganya di dalam arena itu. ramai musuh yang teragak-agak untuk menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun telah tumbang..


Kehangatan peperangan masih dipuncaknya.tentera umat islam seakan mendahului,kesannya kekalutan pada musuh mula mengundur diri dari medan perang akhirnya menjadi kesilapan yang terpahat buat tentera uhud.amanah terhadap 15 pemanah untuk terus berjaga di bukit uhud sebaliknya bertukar menjadi peristiwa ngeri apabila musuh memulakan langkahan strategi baru dengan mengelilingi bukit uhud lantas terus menyerang tentara islam yang sedang asyik dengan harta ghonimah itu..tentera islam bertebaran meninggalkan rasulullah s.a.w dan beberapa panglima yang setia bersamanya termasuklah srikandi nusaybah..

إذ تصعدون ولا تلوون على أحد والرسول يدعوكم في أخراكم فأثابكم غما بغم لكيلا تحزنوا على ما فاتكم
"Ingatlah ketika kami lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun,sedangkan rasulullah ayng berada di ant. sahabt2mu yana lain memanggilmu,kerana itu allah
menimpakan kesedihan ke atas mu..(akhir ayat)" [ ali imran :153]



Kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terus mengawasi dan membela bersam rasulullah,nusaybah sanggup menjadikan kudrat tubuhnya sebagai pelindung rasul.s.a.w.Medan pertempuran semakin sengit. lewat sehingga Nusaybah rebah sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud datang mengawasi bersama kudanya, kalau-kalau ada korban yang masih boleh ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat sekejur tubuh bergerak lemah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “apakah kamu ini Isteri Zaid?”

Nusaybah samar-samar memperhatikan ibn Mas'ud. Lalu bertanya, “bagaimanakah dengan Rasulullah? Selamatkah beliau??”

“Beliau tidak kurang suatu apapun..Allah dan para pencintanya bersama baginda s.a.w”

“ Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”

“Engkau masih luka parah, wahai isteri zaid yang disegani….”

“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaybah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dipatahgantikannya. Namun, kerana tangannya sudah cedera parah.akhirnya dikatakan didalam sebuah riwayat ada lebih kurang 13 kesan tusukan pedang pada tubuh beliau termasuklah kesan selar dibahagian lehernya..

Diriwayatkan oleh ikrimah dalam sebuah hadith :rasulullah bersabda :aku tidak nampak yang berperang itu perempuan melainkan kelibat kehebatan lelaki..(aw kama qal)

Info Tambahan :
Nusaybah binti ka'ab terkenal dengan gelaran ummu umara' kerana mendapat sanjungan di atas awal pengislamannya,perang uhud,perjanjian hudhaybiyah,perang khaibar,hunain dan juga yamama.

Fitnah Dajjal Laknatullah!!!



Bersama-sama DAJJAL ada 2 malaikat yang menyerupai 2 orang nabi.DAJJAL berkata akulah tuhan yang patut disembah oleh kamu maka malaikat yang disebelah kanannya berkata''Bohong engkau tetapi kata-kata malaikat itu hanya boleh didengar oleh sahabatnya,lalu sahabatnya pun berkata ''benar engkau'' tetapi kata-kata malaikat itu dapat didengar oleh semua orang.Disebabkan itu orang beranggapan bahawa DAJJAL itu tuhan.

DAJJAL akan menjelajahi bumi ini dengan kesaktiannya,dia akan membawa syurga dan neraka.Syurganya adalah neraka ALLAH,nerakanya adalah SYURGA ALLAH. Sebelum kemunculan DAJJAL ALLAH akan menguji hambanya dengan kemarau selama 3 tahun berturut-turut.Apabila DAJJAL datang,dia membawa sungai-sungai yang mengalir.Terdapat banyak jenis sungai seperti susu,arak,dan sebenarnya tetapi itu sebenarnya neraka ALLAH.


DAJJAL tidak boleh memasuki Makkah dan Madinah kerana dijaga oleh malaikat-malaikat .Seorang ulama' (ada yang berpendapat Nabi Khidir) akan keluar berjumpa dengan dajjal.Apabila sampai di hadapan kubu DAJJAL,2 pengawalnya bertanya "Siapa kamu? Apa tujuan kamu datang ke sini?" dia menjawab ingin berjumpa dengan pembohong besar. Pengawal-pengawal DAJJAL amat marah dan mahu membunuhnya tetapi salah seorang daripada mereka berkata "Bukankah tuhan kita (DAJJAL) tidak membenarkan kita membunuh tanpa pengetahuannya,lalu mereka membawa ulama' tersebut menghadap DAJJAL.


DAJJAL dengan angkuh berkata "Siapakah kamu?".Ulama' tersebut tahu DAJJAL berdasarkan tanda-tanda yang diberitahu oleh NABI MUHAMMAD (SAW).Dia berkata aku hamba ALLAH dan kau penipu besar Al Masih DAJJAL.DAJJAL dengan marah berkata aku akan membelah badanmu menjadi dua.Ulama' itu berkata aku hanya takutkan Allah lalu DAJJAL mengarahkan penolongnya memegang kaki sebelah kanan dan seorang lagi memegang kaki yang disebelah kiri.DAJJAL membelah badannya dengan memotong dari celah paha ke kepala.Maka, terbelah dualah ulama' tersebut.DAJJAL menggunakan kuasa saktinya untuk menghidupkan semula.



DAJJAL berkata,sekarang percayalah kamu kepada aku.Ulama' itu berkata "Tidak,engkau penipu besar".DAJJAL sangat marah lalu berkata aku akan menyembelih kamu.Tiba-tiba dengan kuasa ALLAH leher ulama' itu menjadi keras.DAJJAL tidak boleh memotong leher ulama' tersebut lalu memasukkannya ke dalam neraka tetapi sebenarnya ia adalah syurga ALLAH.



DAJJAL menyuruh syaitan-syaitan untuk bekerja dengannya.Dia berkata kepada orang-orang di seluruh dunia apakah kamu akan beriman denganku jika aku menghidupkan ibubapamu. Mereka berkata "Ya".DAJJAL menyuruh syaitan-syaitan itu menyamar menyerupai ibubapa mereka.

P/S: Untuk melindungi diri daripada fitnah DAJJAL hendaklah diamalkan 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahf.

Situasi Dibenarkan Mengumpat???




Seseorang yang dianiaya atau dizalimi mengadu masalahnya kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab membela nasibnya.Bagi menuntut keadilan,dia perlu bercerita dengan jelas apa yang telah berlaku,termasuklah menyebut perbuatan jahat orang yang telah berbuat aniaya kepadanya.

Mengingatkan Orang Lain

Mengingatkan orang lain mengenai kejahatan seseorang.Misalnya dia mengetahui seseorang itu jahat,lalu dia mengingatkan orang lain supaya berhati-hati dengan orang itu.Dia memberitahu dengan tujuan agar orang lain terselamat daripada kejahatan orang yang telah dikenali jahat itu. Bukan dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang itu.

Mengubah Kemungkaran

Ketika meminta bantuan orang lain untuk mengubah kemungkaran seseorang atau mengembalikan asi'(derhaka) ke jalan kebaikan.Dalam hal ini,orang yang meminta itu tidak boleh mengelak daripada menceritakan serba sedikit keburukan akhlak orang yang hendak ditegur itu.

Berbangga Dengan Kejahatannya

Seseorang yang memang sengaja terang-terangan membuat kederhakaan kepada Allah S.W.T. dan bermegah-megah pula dengan kejahatannya itu,maka terhadap orang ini tidaklah terlarang melemparkan ghibah atau umpatan disebabkan perbuatannya itu.

Memperkenalkan Seseorang

Seorang yang memang sudah dikenali ramai dengan gelaran atau panggilan yang dikaitkan dengan kekurangan atau kecacatan dirinya.Untuk memudahkan ia dikenali apabila ditanya orang, lalu disebutlah nama beserta gelarannya.Dibolehkan menyebut begitu sekadar memperkenalkan diri seseorang.Tetapi sekiranya dapat diubah dengan gelaran yang lebih baik adalah sangat utama dan lebih baik.

Wallahua'lam....

Pearl Harbour vs Titanic


VS


Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

Al-Kisah Cerita Kanak-Kanak Zaman Kini!


Sila klik gambar dibawah untuk mendapatkan resolusi yang lebih baik...diharapkan sahabat sekalian mendidik anak-anak untuk mengarang karangan lebih baik.Jangan asyik dok tengok cerita seram dalam televisyen!

sungai kita

Bandingkanlah sungai-sungai ini...Tak salah jika bumi mengamuk kerana perbuatan keji tangan manusia itu sendiri.Sendiri mahu ingatlah!!!











Alangkah Indahnya Jika Sungai Di Seluruh Dunia Seperti Di Bawah Ini!!!Tenang dan Damai!!


Lelaki VS Wanita di Jalanraya






Kematian Yang Husnul Khatimah


1-GAMBAR PERTAMA JEMAAH HAJI YANG MENINGGAL DALAM KEADAAN MENGANGKAT TANGAN BERDOA KEPADA ALLAH.


2-GAMBAR KEDUA MATI DALAM KEADAAN SUJUD DI MASJID NABAWI MADINAH MUNAWWARAH.

3-MANGSA GEMPA BUMI YANG MATI DALAM KEADAAN MEMEGANG TASBIH.



4-MENINGGAL DAN JARI TELUNJUK MASIH BERTASHUD KEPADA ALLAH.



5-MATI DIBUNUH OLEH TENTERA ISRAEL DI PALESTIN DALAM KEADAAN BIBIR MENGUKIR SENYUMAN DAN MATA YANG PENUH KEYAKINAN KEPADA ALLAH. SEOLAH-OLAH PEMERGIANNYA ADALAH TANPA TANGISAN TETAPI PENUH DENGAN TAWARAN KEMEWAHAN PAHALA DARI ALLAH.


6-TANGAN BERPEGANGAN ERAT SEOLAH BERPESAN ” BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA AGAMA ALLAH “


7-MATI SEMASA BERJUANG DAN KENDERAANNYA TERBALIK TETAPI DIA TETAP BERTASHUD KEPADA ALLAH. RAMAI ORANG MALAYSIA MATI TETAPI DIULIK LAGU-LAGU SYAITAN.


8-SEORANG LELAKI YANG TELAH MENINGGAL TETAPI JARI TELUNJUK MASIH BERTASHUD KEPADA ALLAH..