.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Friday, December 6, 2013

dah puas

*dah puas dah.
dah puas nangis.
air mata ni dah x nak kluar.
kenangan kat sana,
aku dah x nak lalui bnde tu lagi.
perit sangat.
memperjuangkan kasih sayang.
x sangka sesukar itu.
mereka x faham,
x kan pernah faham.
seolah2 kita ni hanya batu.
x tak faham apa2.
sepak. baling.
tp itu bukan aku.
dan aku x kan tangisi perpisahan yg terjadi.
sbb sampai mati.
aku akan perjuangkan.
sampai mereka faham.
sampai mereka hayati.
ape itu,
kasih sayang.
dalam berdakwah.
please daie2. please understand.

please.*

-monolog-


badar.

hola.

semalamtengok ade kawan dah deactivate facebook.
*huyoo, org dah abes spm la bukak bagai nak rak*
tiba2, hari online.
eh, ade pulak.
xpe lah.
it's just that,
i thought he's strong.
inside him i mean.
bila nmpak die men komen dgn pompuan,
oh, mcm tu.

i'm not a judgemental person.
saya tahu iman orang turun naik.
saya x salahkan dia.
teruskan berjuang sahabatku!
moga ALLAH pimpin kita ke jalannya.

ok! mangat nih!
tadi baru kemas2 bilik along.
fuh! satu bilik sehari kot.
mcm mne la nak pindah umah baru...
dah la nak sambung cite.

sampai mana? sampai BADAR ye?
emm gitulah.
so kitorg yg badar ni pon gather2 la nak
rancang program utk thn depannye.
pegang biro program is not a joke.
really.
perah otak la jugak nak kena pikir program utk thn tu.
satu pengalaman yg manis bila dapat kerja dgn orang2 yang
sporting n baik2.
kak haziyah n kp biro program muslim tu mmg bagus.
x ingat lah nme die ape, so panggil die muslim je. hehe.
mse kecoh pasal keputusan sbp nak keluar,
saya x rse pape pon.

*habis la kalau aku pegi ni*
baru ingat nak kluar asrama.
tp bila ingat tugas sbg badar , x tahulah.
gundah gulana jdnye.
satu hari , mse balik.

mama yang ambik.
ape bnde tah mama kias2kan smpai x paham jdnye.
tetibe ma ckp yg saya dapat sekolah kat k****.
mmg saya mintak pun,
tp maen2 je. serius.

saya gembira sangat. mse tu.
tp bile balik, saya trus terkenang kat kawan2 sekolah lma.
ce sebut , sape je kawan2 yg saya x rapat.
semuanya saya rapat!
n dengan tanggungjawab saya ni.
saya rse agak berat hati la sebenanye.
balik s****** mse hari ahad tuh,
semua kecoh.
pujuk saya jangan pergi.
tp ade yg galakkan .
sebab sek tu mmg bagus.
saya pun mmg tau yg spm yg tak terjamin kalau saya stay.

tp x tau la knp hati saya ni berat sangat nak pindah.
saya teringat hubungan saya n kawan2 dalam kp.
rapat kot.
dalam badar.
dah mula rapat dah.
dalam aspuri , lagi lah.

tp mak ayah saya bekas sekolah tu.
n sek tu pun ade prestasi yg sangat bagus.
so saya pun rse bersalah kalau x pergi.

mse hari jumaat, last day tu.
mmg sebak, tp saya langsung x nangis dpn kawan2.
tibe2 saya perasan.
eci xde . mne die.
rpe2nye die kat sebalik kawan2.
duduk sorg2.
sedih gile. tp still x nanges.
pergi kat die je. terus die banjir.
kesian eci.
mesti die sedih kan?

balik je malam tu, terus nanges.
x boleh tidur.
*kenapa ni?*
saya rse mcm perlu balik s****** semula!




Thursday, December 5, 2013

Hei la daie..

Hei la daie.. 
daie itu membina.. 
bukan sekadar madu'..
.tp juga sesama dai'e.. 
jgn cepat melatah, 
selamanya kekerasan bukan jalannya... 
fahami rentak mereka, 
bukan untuk di ikuti, 
bukan untuk dikeji, 
tp untuk sama2x membetulkan & mngmbil ibrah... 
people dont' care how much u know 
until you care how much they know... 
bawalah ksh syng bersama dngnmu ke mana pun kau pergi...

not me.
someone said it.
and i love th words.
thanks yo.

Wednesday, December 4, 2013

taklifan? tanggungjawab pon bole.

salam.


da start cuti.
operasi pun bermula.
operasi ape?
macam2!
nak masak, nak belajar, nak amik lesen,
x kisah la ape pun, janji bermanfaat kan?

kalau sesiapa yg bukak blog ni dan tau sape saya,
mintak maaf sangat2 kalau marah
dengan ape2 yg saya nak cerita kat sini.
bukan niat nak malukan sesiapa or cerita keburukan sekolah,
tp saya x nak memori ni terpadam dr fikiran saya.
selama-lamanya.

n sori la guna saya.
guna 'kite' cam manja sangatt.
guna 'ana' , ish islamik sangat.
eleh lagipun sama je. 
murodif la kan?



oke.
dah2 la tu.
saya nak cerita drpd mula2 saya masuk kat sekolah ni.
saya sekolah kat s****** dari form1 sampai form 3.
i dont know why.
but it seemed that my soul have been tied to my house.
saya memang x suka asrama.
n mse saya PMR,
saya dah  target x nak masuk asrama mse f4.
mse nak dapat result pmr,
pernah saya rse mcm
'x pe lah x dapat 9a, x yah stay kat sini'.
tp allah lagi tau, kan?
x pelah, 9a tu xde la teruk mana.
dapat bahagiakan mama abah.

lepas PMR,
kitorg sebok uruskan annual dinner kat sekolah.
pemilihan KP thn depan pun start.
saya tercalon.
n saya sangat nervous sbb tahun depannye
jumlah kitorg banyak.
selalunye 4 org.
tp kata org: the more the merrier.
pertama, saya gembira sbb kawan saya yg
x dapat jd kp mse f3 dapat jd kp mse f4.
n nervous sbb x tau jd biro ape.

satu hari,
kat dewan makan,
awah datang kat saya n cakap,

"tahniah , kite berdua same biro lagi."

oh yeah! happy gile.
tiga thn satu biro ngan awah.

"biro ape? disiplin eh?"
die sengih kambing.
tp kat sengih kambing die tu,
semacam ade satu kerisauan yg terpancar kat wajah die.

something not right.

" biro ape? "

nervous dah dtg.
mula2 awah x nak cakap.
pastu die bisik kat telinga,
"ko nak tau ke"
angguk2.

die tarik nafas panjang.
"badar."

oh my god.
ohtokeyo~

serius x ready.
sebut je kumpulan korea,
lagu korea ape je yg saye tak tau?
ce cite.
eish.
xde la rse rendah diri.
bukannye x tau lagu maher zain.
cme diri rse blom cukup bersedia lagi.

akhir th tu bertungkus lumus ngan badar thn depan.
rangka program.
n secara officialnye,
saya ditaklifkan sbg badar biro program.
this is hard for me.
but i'm ready to take the challenge!










new post.

salam.
hari ni dah jadi alumni sekolah tau.
so sweet.

pengalan yang manis akan kekal manis.
yg pahit pun boleh jadi manis. asalkan kite tau ambik pengajaran daripadanya.
kalau korang tengok blog saya sebelum ni.


last update: darjah enam.

uhuk2!
mmg berhabuk.
tapi dah abes cuti spm ni.
saye nak isi mase saye dgn menulis.
pengalaman.
pandangan.
cadangan.
mungkin salah. mungkin betul.

 tp x nak berat2 hari ni.
penat. saye nak cerita sangat kat korang. t
entang maksud tarbiah yg sebenar. =)
esok lusa.
insyaallah.

p/s: oh ya. another one. saye minat korea. ok? sori.

wassalam.

Saturday, June 18, 2011

ngeri dan menakutkan..

Hidup oh hidup...




Hidup ini satu perkara yang menakutkan bagi setiap manusia sebenarnya. Eh kenapa pula?Cuba tanya yang mempunyai alasan munasabah dalam dirinya,adakah aku hidup di dunia ini sia-sia? Tiada arah tuju aku hidup di dunia ini? Seperti ada dugaan dan cabaran perlu aku tempuhi selepas kehidupan dunia ini. Inilah yang bermain di fikiran bagi orang yang mempercayai apa itu kiamat dan mempercayai di dadanya adanya kehidupan selepas mati.



"Orang-orang yang tidak beriman menyangkut hari kiamat, meminta supaya hari itu segera didatangkan, sedangkan orang-orang yang beriman merasa takut akan
kedatangannya Mereka yakin bahwa kiamat adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat benar-benar dalamkesesatan yang jauh "

(QS Al-Syura [42]: 18).






Ngeri melihat akan dekatnya kiamat. Yang lebih mengerikan apabila melihat manusia yang tiada arah tuju hidupnya hatta sebelum kiamat itu datang di depan mata mereka. Lihatlah dihadapan matamu wahai manusia,kemusnahan yang kamu bawa pada bumi,makhluk Allah. Namun manusia hanya melihat kemusnahan dari segi material semata-mata. Kehancuran tanah,kotornya air dan udara,manusia bagaikan angkuh bahawasanya dunia ini miliknya. Tidak tahukah mereka,manusia menjadi penumpang bersama-sama makhluk Allah (haiwan dan tumbuhan) yang lain? Cuma kelebihan diberikan oleh Allah adalah akal yang boleh memandu nafsu dan hati merekia menjadi khalifah yang mulia di muka bumi. Namun tindak tanduk manusia yang mempertuhankan nafsu menjadi mereka sehina-hina makhluk Allah S.W.T.




Kerosakan yang paling menakutkan yang manusia banyak tidak sedar adalah robeknya akhlak dan rohani yang mulia di kalangan hati-hati manusia itu. Lihat sahaja di sekeliling mu,maksiat yang berlaku menjadi bahan tontonan yang biasa sahaja saban hari. Manusia tidak lagi berasa takut akan dosa yang dilakukannya. Bahkan menjadi kebanggan apabila berpeleseran dengan dosa besarnya. Usah kamu pergi jauh,lihat sahaja ahli keluargamu,berapa ramai yang masih menjadi pengamal ajaran Islam,bukannya berapa ramaikan yang masih menganut Islam. Menganut dan mengamal adalah 2 perkara yang berbeza mengikut firasatku. Ramai di dunia menganut agama triniti iaitu Kristian namun berapa kerat yang mengamalkan ajaran Paul (Kristian) dalam kehidupan mereka? Ramai yang telah lari dari agamanya dan hanya Kristian pada nama.




Hal sedemikian berlaku juga kepada mereka yang bergelar Muslim. Menganut sahaja tidak membawa apa-apa makna. Namanya sedap benar seperto Muhammad,Hasanah,Salida dan sebagainya namun nama-nama ini yang sepatutnya indah di dalam pengertian Islam menepek kekotoran di wajah suci agama Allah ini. Tanpa segan silu, penganut Islam kini lebih berbangga kepada status Islamnya di kad pengenalan tetapi habuk pada pengamalannya. Yang lebih teruk lebih berani menggunakan luarannya Islam namun dihatinya tiada lagi Allah yang Esa. Dipermainkan hijab dan serban untuk menyembunyikan identiti murtadnya di mata umat Islam.




Iman tidak dilihat melalui pemakaiannya mahupun ilmu yang dimilikinya tanpa pengamalan. Ramai yang belajar agama di tanah air mahupun di luar namun ramai yang hanyut. Menuntut perjuangan nabi dan sahabat bagai nak rak namun bila kembali ke tanah air atau kembali ke kampung halaman,terus menjadi pengecut yang tidak berani bersuara memperbetulkan keadaan. Malah ada yang sama-sama bergelumang dengan dosa bersama-sama rakan sekular mereka. Punah harapan bangsa dan agama memiliki pewaris nabi yang menuntut di seberang laut yang diharapkan untuk menjadi penegak agama namun sebaliknya berlaku.




Ramai yang tidak sedar,dosa yang kita siramkan pada jasad samada sedar atau tidak akan menjadi perfume busuk pada diri kita. Samalah seperti diri kita yang berpeluh,sudah tentu busuk bau badan. Namun setelah kering peluh,nyaman rasanya tanpa ada rasa bahawa yang nyaman itu hanya sementara tetapi hakikatnya masih berbau busuk. Perlu disirami dengan air mandian dan wangian untuk kembali kepada yang suci bersih. Hakikat kehidupan manusia sama seperti itu. Peluh adalah dosanya.Setelah melakukan dosa,ramai manusia tidak sedar dna berbangga serta merasa selesa dengan apa dilakukannya walhal dia terus bergelumang dengan kemaksiatan. Perlu taubat yakni mandian dan wangian untuk membersihkan tubuh badan yang kotor tadi. Allah memaafkan kesalahan hamba-Nya dengan syarat makhluknya itu tidak melampaui batas dengan syirik kepadaNya. Dosa syirik tidak akan diampun oleh-Nya.




Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan lelaki di dunia dan di akhirat. Mahu mencarinya adalah seperti mencari sebutir pasir dalam timbunan beras 10kg. Sukar dan amat sukar. Yang banyaknya adalah wanita yang menimbulkan fitnah di dunia ini. Lihat sahaja sabda Rasulullah S.A.W:




Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”



Bila dihayati hadis sahih di atas,tercatat beberapa amalan yang menjadikan neraka gemar meratah daging perempuan yang jahat. Salah satunya adalah Isteri yang derhaka pada suaminya. Derhaka dari segi apa? Tidak mentaati perintah suaminya yang baik serta tidak berterima kasih kepada suami. Selain itu memburukkan suami kepada orang lain. Sepatutnya si isteri itu menjadi penyimpan mohor besar suaminya namun sebaliknya berlaku. Mulutnya yang sengaja menempah neraka menceritakan hal rumah tangganya kepada orang lain . Lihat sekarang, berapa ramai perempuan yang bergelar isteri curang serta derhaka pada suaminya. Isteri yang curang dan main kayu tiga di belakang suaminya tidak berpeluang langsung mencium bau syurga. Syurga bagi seorang suami adalah ibunya dan syurga bagi seorang isteri adalah keredhaan suaminya.Ingatlah...




Sampai bila manusia perlu tunduk pada bisikan iblis laknatullah serta segala bala tenteranya? Manusia yang menjadi penganut agama Islam pun ramai yang mabuk dengan keenakkan hidup dunia pun menjadi bala tentera si Iblis,apatah lagi mereka yang kafir. Makin hancurlah bumi apabila iman tidak dijadikan jantung dalam mengepam seluruh kebaikan yang terdapat di atas muka bumi Allah ini. Ku berpesan untuk diriku dan sahabat sekalian ,renunglah tanganmu,telah dicop 99 Nama Allah.Kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Jika kita tak sanggup memegang bara api,tetapi setiap tanduk kita di dunia ini seperti berani menjadi bahan bakar di Jahannam kelak? Fikirkanlah destinasi hidupmu wahai sahabat sekalian.

Friday, May 28, 2010

allah..
ingin ku hentikan
langkah ini..
bagaikan x mampu untukku bertahan..
semangat tenggelam ..
lemah daya..
haruskah aku mengalah..

ya allah..
selagi aku diberi keizinan..
utk terus bernafas di muka bumi MU..
berlilah aku peluang utk memimpin..
dan melihat hasil kepimpinanku..
kerana aku merasakan..
bahawa aku lah org yg tidak pandai pemimpin..
maka itu..
kurniakanlah aku suara..
yakni siapa yg mendgr..
akan luluh hatinya..
utk beriman kepadaMU..
meskipun die berhati keras..

ya Allah..
aku hambamu yg lemah..
kurniakan aku ketabahan..
dan hindarkan aku dari sifat putus asa..
sesungguhnya aku syg akn sahabatku..
bawalah kami ke jalanMU...
sesungguhnya kaulah penunjuk bg org2 yg benar.,.
ameen..

~thewayoflife