salam...
asyik cite pasal along je kan.. xpe lah dah aku syg kt die.. nk wat camne.. waktu form two ni.. rse
mcm renggang sgt dgn adik beradik.. yg denga kaba tu je la... nana.. dan sekali lg aku ckp, aku x
cengeng.. tp bile duduk sensorg tu.. rse rindu tu tetibe muncul.. lgan adik aku, ida.. celoteh
die gelak die perangai die yg menguji kesabaran tu.. kekadang sebak juga.. kwn aku ade kate..
jgn rpt sgt dgn adik beradik.. nnti kalau diorg tinggalkn kite.. susah.. tp aku x boleh .. ter
rinduuuuuu... aku kagum sgt dgn along.. along tabah sgt.. kalaulah along bce blog ni.. kite nk ckp
yg kite dh sumpah along berbakul bakul sbb x tepon mama ngan abah.. tp kite silap.. along ade
sebab rpenye.. kesian along asyik kne marah walaupon x salah.. along, kalaulah along bce blog
ni.. kite nk along tepon la mama slalu.. sian mama.. dah byk kite tegur.. i try not to blame you for
this.. jd jgn buat lg.. ok..
.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.
renungkanlah..^_^
Saturday, January 30, 2010
along boleh..
Posted by HAMBA ALLAH at 5:57 AM
Assalamualaikum vs Salam 1 Malaysia

Bukan mahu berpolitik tetapi untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang sebenarnya telah serong dari tuntutan agama Islam.Perkara asas telah dibengkokkan,apatah lagi mahu meluruskan perkara yang lebih berat.
Ucapan Assalamualaikum merupakan suatu ibadah buat umat Islam.Yang menyampaikan dan menerimanya mendapat barakah dariNya.Ianya telah menjadi ucapan harian di bibir mulut junjungan besar Muhammad S.A.W setiap hari dalam kehidupannya dan disambung oleh setiap generasi Islam hingga kini.Namun perkataan ini makin dimanupulasikan sehingga ada yang mahu mengringkaskannya kepada 'Akum','As'kum','Salam' dan ada yang mahu memperkukuhkan politik yang dibawa oleh sesetengah pihak dengan mewujudkan pula 'Salam 1Malaysia',yang menjadi suatu kemestian dalam skrip dan tutur kata pembuka dan penutup pembaca berita di TV mahupun di radio di Malaysia ketika ini.
Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.
Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.
Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama."Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah' ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.'
“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.
Bagaimanapun ramai ulama di negara ini tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.Begitu juga beberapa mufti yang masih membisu. Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.
Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan sejak menerajui negara ini pada 1957.“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.
Posted by HAMBA ALLAH at 5:54 AM
Friday, January 1, 2010
along mujahidku.
tau die bukan jenis yg remehkan mase depan. kalau ade tgh bace ni ialah along, kite nak
along tau yg kite slalu sokong along!! biarla diorg x percaye along boleh.. tp kite percaye..ok!!
Posted by HAMBA ALLAH at 6:03 AM