.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Tuesday, December 29, 2009

dengarlah ibu bercerita

assalamualaikum..

semalam punye semalam ibu aku cite pasal klon... mcm mane saintis cube buat klon manusia tp x jd.. mak aku cerita lg mcm mne diorg buat klon tu... drpd zaigod, embrio, tulang temulang, sampai la ke daging.. wah, terujanya aku!! proses klon ni x memerlukan lelaki utk diorg melahirkan anak.. aku dah x ingat dah ape yg diorg letak dlm nuclueus... tp mg best..yg paling menariknya diorg cbe buat klon luar rahim, tp x dpt, sbb dalam surah al-mu'minum kate... Allah letakkan embrio tu kat tempat yg sesuai.. yg uniknya, sesuai Allah ni maknanya x de tempat lain yg lagi sesuai drpd rahim tu.. kalau manusia contoh nak pakai baju... baju byk yg sesuai.. tp kalau Allah tetapkan sesuatu tu sesuai dgn tempatnya.. maknenya itulah satu2nye tempt yg sesuai.. xde yg lain.. hebat jugak mama ni!! byk yg beliau tau... mama kate, kalau ade peluang, die nak jd saintis.. tp x dpt.. x pe, don't worry mama.. i'll do my best... thats my promise (selagi hayat dikandung badan).. mama cerita lagi.. die waktu die kat UKM dgn abah.. die dpt tawaran gi mesir... tp die x nak pergi sbb die tekad nak kahwin dgn abah.. wah, jarang ade org mcm tu...
setia pada cinta.. kalau aku.. x tau la.. xpe mama, kite pergikan mesir untuk mama...insyaAllah..

hari ni bace satu cerpen kat ILI.. agak menghayat hati... ingatkan aku dekat keadaan aku sekarang... x tau la nk ckp ape.. aku harap mereka jd mcm ape yg aku harapkan.. aku pon harap aku pon boleh berubah jugak.. azam tahun baru ni nk lembut sikit.. asyik ganas je.. haha.. dan aku nak menjalankan tanggungjawab aku dgn penuh disiplin!! doakan tau!!

Kalau Macam Ini Baik Duduk Penjara!!!


Salam ukwah fillah...

Seronoknya jika dapat duduk penjara dibawah kan.Lebih selesa dari duduk di hotel 3 bintang agaknya....Mahu ramai orang Sweeden buat jahat kerana keistimewaan yang diberikan kepada pesalah yang dipenjarakan..












TAK LEH BLAH!!!

Monday, December 28, 2009

Pope dan Pembesar 'Islam' Sama Je??



Berkasut di rumah Allah???Apakah semua ini???Dimanakah penghormatan terhadap rumah Allah jika umat Islam sendiri menjauhkan diri dari rumahNya dari segi rohani dan fizikal???

Beauty of Mathematics !!!!!!!



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K


8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E


11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E


1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & God bless!!

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.


Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.


2. cara Rasulullah mengunyah
– Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.


Sekian buat renungan bersama

Kisah Puasanya Si Miskin (Penuh Keinsafan)



Untuk renungan bersama bila kita dan keluarga berbuka puasa ....


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan
sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu
aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang
makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu
aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh
tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia
telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang
telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula
untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah
lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau
pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari
kita........ ..

Perhatian!!!Berhati-hati Dengan Dakyah Kristian Ini!





Perhatikan dan Lihat!!!..apa yang berbeza dengan ini:


http://destinasimu.blogspot.com/

http://destinasimu.logspot.com/

http://destinasimu.blogpot.com/



Nampak macam sama bukan?Hanya satu sahaj yang akan dilinkkan ke blog destinasimu!!!

Baki yang lain akan automatik ke->


Maka ianya sangat berbahaya jika kita tidak membongkar akan hal ini!Ianya dakyah yang amat halus dari Kristianisasi.Jika anda tersalahg taip blogspot maka kesannya ialah:


1)Kita akan terbaca secara automatik website mempromosikan 'kebenaran' bible yang sememangnya diselewengkan oleh tangan kotor manusia.
2)Berlaku salah faham terhadap blog yang kita perkenalkan kepada orang lain.
3)Menyebabkan keraguan dalam iman dan akidah kita.
4)Berlakunya cerca mencerca dan permusuhan antara umat Islam akibat salah faham antara satu sama lain.

Moga perkara ini mendapat perhatian dari sahabat sekalian.PASTIKAN TAIP DENGAN BETUL IAITU BLOGSPOT BUKANNYA LOGSPOT ATAU BLOGPOT!!!Sebarkan!!!Allah hu AKhbar!!Lagi satu penipuan Kristian dapat kita rungkaikan dengan pertolonganNya!!!