.::lafaz yang tersimpan (khas buat ayahanda dan bonda tercinta)::.

renungkanlah..^_^

Monday, December 28, 2009

Situasi Dibenarkan Mengumpat???




Seseorang yang dianiaya atau dizalimi mengadu masalahnya kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab membela nasibnya.Bagi menuntut keadilan,dia perlu bercerita dengan jelas apa yang telah berlaku,termasuklah menyebut perbuatan jahat orang yang telah berbuat aniaya kepadanya.

Mengingatkan Orang Lain

Mengingatkan orang lain mengenai kejahatan seseorang.Misalnya dia mengetahui seseorang itu jahat,lalu dia mengingatkan orang lain supaya berhati-hati dengan orang itu.Dia memberitahu dengan tujuan agar orang lain terselamat daripada kejahatan orang yang telah dikenali jahat itu. Bukan dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang itu.

Mengubah Kemungkaran

Ketika meminta bantuan orang lain untuk mengubah kemungkaran seseorang atau mengembalikan asi'(derhaka) ke jalan kebaikan.Dalam hal ini,orang yang meminta itu tidak boleh mengelak daripada menceritakan serba sedikit keburukan akhlak orang yang hendak ditegur itu.

Berbangga Dengan Kejahatannya

Seseorang yang memang sengaja terang-terangan membuat kederhakaan kepada Allah S.W.T. dan bermegah-megah pula dengan kejahatannya itu,maka terhadap orang ini tidaklah terlarang melemparkan ghibah atau umpatan disebabkan perbuatannya itu.

Memperkenalkan Seseorang

Seorang yang memang sudah dikenali ramai dengan gelaran atau panggilan yang dikaitkan dengan kekurangan atau kecacatan dirinya.Untuk memudahkan ia dikenali apabila ditanya orang, lalu disebutlah nama beserta gelarannya.Dibolehkan menyebut begitu sekadar memperkenalkan diri seseorang.Tetapi sekiranya dapat diubah dengan gelaran yang lebih baik adalah sangat utama dan lebih baik.

Wallahua'lam....